Ini merupakan program pertama Ko-Kasih dalam bidang pengurusan majlis. Projek seterusnya akan menyusul kemudian sekiranya semua ahli2 Ko-Kasih dapat berganding bahu memajukan perniagaan secara bersama.
Sunday, March 18, 2012
Majlis Makan Malam Ko-Kasih.
Ini merupakan program pertama Ko-Kasih dalam bidang pengurusan majlis. Projek seterusnya akan menyusul kemudian sekiranya semua ahli2 Ko-Kasih dapat berganding bahu memajukan perniagaan secara bersama.
Saturday, February 11, 2012
Program Majlis Makan Malam Ko-KASIH.
Pada 11.2.2012, Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Ko-KASIH Bil 3/2012 telah berjaya diadakan di pejabat Pekemas, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah.
Antara program yang dicadangkan ialah menganjurkan Majlis Makan Malam Ko-KASIH bagi mengeratkan perhubungan dan meningkatkan keakraban di kalangan ahli-ahli Ko-KASIH. Program tersebut dijangka akan diadakan di sebuah Restoran Cina di Padang Lembu (berdekatan Kg. Paya Mak Inson) pada 17.3.2012 jam 8.00 malam.
Ko-KASIH menjual 1 meja dengan harga RM300 dan buat masa sekarang 10 meja telah ditempah. Sesiapa yang berminat juga boleh hubungi wakil-wakil Ko-KASIH yang berdekatan iaitu:
1. Wakil Baling: En. Nop Nai Samrong
2. Wakil Sik: Pn. Giam (Kg. Chong) dan En. Khian (Kg. Kalai)
3. Wakil Padang Terap: En. Tang
4. Wakil Kubang Pasu: En. Camnat (Kg. Huma) dan En. Po Chew (Pdg Sera)
5. Wakil Pendang: En. Ie Reang (Kg. Tok Set) dan En. Boon Rit (Titi Akar)
6. Wakil Kuala Muda: Pn. Juni (Bukit Selambau)
7. Wakil Kota Setar: En. Ai Charan (Peguam)

Wednesday, April 13, 2011
Cara pemilihan Ahli Lembaga Koperasi.
Koperasi Kaum Siam Kedah Berhad (Ko-Kasih) mempunyai 12 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) mengikut undang-undang kecil Ko-Kasih.
ALK ini dipilih melalui mesyuarat Agung. Hanya 1/3 daripada ALK sahaja dipilih dalam setiap mesyuarat Agung manakala 2/3 lagi akan dikekalkan. Jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 3 orang Juruaudit Dalaman dilantik melalui Mesyuarat ALK. Juruaudit Dalaman dilantik dikalangan ahli koperasi bukan ALK.
Maka dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ko-Kasih yang pertama, seramai 4 orang ALK terpaksa digugurkan tetapi mereka boleh dilantik semula melalui mesyuarat Agung tersebut.
Bagi koperasi baru kita mempunyai 2 kaedah untuk menggugurkan 1/3 daripada ALK iaitu dengan cara rela hati atau pengundian. Kaedah ini hanya digunakan pada Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun pertama dan kedua sahaja.
Bagi koperasi lama pengguguran ALK berdasarkan tempoh perkhidmatan sebagai ALK. Setiap orang ALK akan digugurkan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan. Mereka yang digugurkan boleh dilantik semula melalui mesyuarat Agung tersebut sekiranya ahli-ahli koperasi masih memerlukannya untuk mentadbir Ko-Kasih.
ALK boleh digugurkan semua sekaligus melalui mesyuarat Agung sekiranya terdapat USUL yang dibawa oleh ahli dan mendapat kelulusan mesyuarat Agung. Semua ALK baru akan dilantik dalam mesyuarat Agung tersebut.
Sunday, April 10, 2011
Keterangan Logo Ko-Kasih
Logo Ko-Kasih direka oleh En.Manit Sripradit selaku Setiausaha ALK Ko-Kasih. Keterangan logo adalah seperti berikut:
1. Berbentuk bulat dan mempunyai perkataan KOPERASI KAUM SIAM KEDAH BERHAD merupakan nama koperasi di bahagian atas. Di bahagian bawah pula terdapat nombor pendaftaran koperasi iaitu K-4-0642.
2. Di tengah bulatan terdapat bentuk bumbung berciri-cirikan kebudayaan Siam melambangkan koperasi adalah tempat pergantungan masyarakat Siam Kedah dari segi ekonomi dan kebajikan.
3.Di bawah bentuk bumbung terdapat 3 bulatan yang berlainan warna saling berkait melambangkan ahli-ahli daripada berlainan latar belakang bekerjasama di bawah koperasi untuk menceburi bidang perniagaan.
4. Di bahagian bawah dalam bulatan terdapat perkataan "Ko~KASIH" melambangkan singkatan kepada nama Koperasi Kaum Siam Kedah Berhad.
5. Warna merah melambangkan keberanian untuk menceburi bidang perniagaan.
6. Warna biru melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli untuk menceburi bidang perniagaan.
7. Warna hijau dan kuning melambangkan ahli-ahli koperasi berasal daripada golongan petani yang harus dibantu untuk meningkatkan produktiviti.
Saturday, April 9, 2011
Mesyuarat ALK Ko-Kasih Bil 2/2011
Sebanyak 4 Jawatankuasa kecil telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil Pelaburan, Jawatankuasa Kecil Pelancongan/Sukan, Jawatankuasa Kecil Khairat Kematian/Kebajikan dan Jawatankuasa Kecil Latihan/Pendidikan.
Pihak Ko-Kasih masih berharap agar semua ahli-ahli PSK dapat menjadi ahli Ko-Kasih dengan segera agar dapat mengumpul dana yang besar untuk memulakan perniagaan. Tujuan penubuhan Ko-Kasih adalah untuk kebajikan semua masyarakat Siam Kedah yang menjadi ahli Ko-Kasih.
Janganlah tunggu sehingga Ko-Kasih telah berjaya. Marilah kita bermula di langkah pertama ke arah kejayaan bersama. Sila hubungi saya, Manit Sripradit (019-5697868), Setiausaha Ko-Kasih untuk mendapatkan borang keahlian Ko-Kasih. Yuran pendaftaran RM10 dan syer minimum RM100 sahaja.
Sejarah penubuhan Ko-Kasih
Sebelum ini PSK telah melantik 3 orang bagi mewakili PSK untuk menubuhkan Ko-Kasih iaitu En. Ai Cha Ran a/l Din Chee Ron (Pengerusi), En. Manit a/l See Nam (Setiausaha) dan En. Tan @ Tang a/l Edam (Bendahari).
PSK berjaya mengadakan mesyuarat permulaan penubuhan Ko-Kasih pada 16 Oktober 2010 yang dihadiri seramai 39 orang ahli-ahli PSK yang minat dengan penubuhan Ko-Ka
sih. Turut hadir ialah Puan Norzila Bt Nayan, Penolong Pengarah SKM Wilayah (Pendang).
Ko-Kasih berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 17 Disember 2010. Pada 27 Januari 2011, Mesyuarat ALK pertama diadakan di Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah.
Subscribe to:
Posts (Atom)