Wednesday, April 13, 2011

Cara pemilihan Ahli Lembaga Koperasi.

Koperasi Kaum Siam Kedah Berhad (Ko-Kasih) mempunyai 12 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) mengikut undang-undang kecil Ko-Kasih.

ALK ini dipilih melalui mesyuarat Agung. Hanya 1/3 daripada ALK sahaja dipilih dalam setiap mesyuarat Agung manakala 2/3 lagi akan dikekalkan. Jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 3 orang Juruaudit Dalaman dilantik melalui Mesyuarat ALK. Juruaudit Dalaman dilantik dikalangan ahli koperasi bukan ALK.

Maka dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ko-Kasih yang pertama, seramai 4 orang ALK terpaksa digugurkan tetapi mereka boleh dilantik semula melalui mesyuarat Agung tersebut.

Bagi koperasi baru kita mempunyai 2 kaedah untuk menggugurkan 1/3 daripada ALK iaitu dengan cara rela hati atau pengundian. Kaedah ini hanya digunakan pada Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun pertama dan kedua sahaja.

Bagi koperasi lama pengguguran ALK berdasarkan tempoh perkhidmatan sebagai ALK. Setiap orang ALK akan digugurkan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan. Mereka yang digugurkan boleh dilantik semula melalui mesyuarat Agung tersebut sekiranya ahli-ahli koperasi masih memerlukannya untuk mentadbir Ko-Kasih.

ALK boleh digugurkan semua sekaligus melalui mesyuarat Agung sekiranya terdapat USUL yang dibawa oleh ahli dan mendapat kelulusan mesyuarat Agung. Semua ALK baru akan dilantik dalam mesyuarat Agung tersebut.

No comments:

Post a Comment