Sebelum ini PSK telah melantik 3 orang bagi mewakili PSK untuk menubuhkan Ko-Kasih iaitu En. Ai Cha Ran a/l Din Chee Ron (Pengerusi), En. Manit a/l See Nam (Setiausaha) dan En. Tan @ Tang a/l Edam (Bendahari).
PSK berjaya mengadakan mesyuarat permulaan penubuhan Ko-Kasih pada 16 Oktober 2010 yang dihadiri seramai 39 orang ahli-ahli PSK yang minat dengan penubuhan Ko-Ka
sih. Turut hadir ialah Puan Norzila Bt Nayan, Penolong Pengarah SKM Wilayah (Pendang).
Ko-Kasih berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 17 Disember 2010. Pada 27 Januari 2011, Mesyuarat ALK pertama diadakan di Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah.
No comments:
Post a Comment