Sunday, April 10, 2011

Keterangan Logo Ko-Kasih

Logo Ko-Kasih direka oleh En.Manit Sripradit selaku Setiausaha ALK Ko-Kasih. Keterangan logo adalah seperti berikut:
1. Berbentuk bulat dan mempunyai perkataan KOPERASI KAUM SIAM KEDAH BERHAD merupakan nama koperasi di bahagian atas. Di bahagian bawah pula terdapat nombor pendaftaran koperasi iaitu K-4-0642.
2. Di tengah bulatan terdapat bentuk bumbung berciri-cirikan kebudayaan Siam melambangkan koperasi adalah tempat pergantungan masyarakat Siam Kedah dari segi ekonomi dan kebajikan.
3.Di bawah bentuk bumbung terdapat 3 bulatan yang berlainan warna saling berkait melambangkan ahli-ahli daripada berlainan latar belakang bekerjasama di bawah koperasi untuk menceburi bidang perniagaan.
4. Di bahagian bawah dalam bulatan terdapat perkataan "Ko~KASIH" melambangkan singkatan kepada nama Koperasi Kaum Siam Kedah Berhad.
5. Warna merah melambangkan keberanian untuk menceburi bidang perniagaan.
6. Warna biru melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli untuk menceburi bidang perniagaan.
7. Warna hijau dan kuning melambangkan ahli-ahli koperasi berasal daripada golongan petani yang harus dibantu untuk meningkatkan produktiviti.

No comments:

Post a Comment